follow me

silent reader

follow

Tuesday, July 22, 2014

Alkisahnya...Si Cantik Manis Kurma..

Kurma merupakan menu wajib semasa berbuka puasa bertepatanlah dengan sabda junjungan Baginda Nabi Muhammad SAWJika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci” 


(Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi).

Sabda Rasulullah SAW juga ”Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah kurma (Riwayat Abu Daud)
                             .
Hakikatnya, apakah kurma hanya sesuai dihidangkan di meja berbuka sahaja? Apakah kurma hanya layak dijamah oleh orang-orang yang berpuasa sahaja? Apakah kurma buah rutin di bulan puasa semata-mata? Habis bulan Ramadhan, maka kita sudah pun mula melupakan keseronokan dan kelebihan memakan buah kurma. Hendak mencarinya pun susah. Terpaksalah mengharapkan buah tangan saudara mara dan sahabat handai yang pulang daripada menunaikan haji dan umrah.

Bukan Calang-calang Pengiktirafan!
Tahukah kita kurma memiliki kedudukan dan nilai yang sangat istimewa di dalam Islam sehinggakan banyak ayat  al Quran yang menyebut dan menceritakan tentang buah ini. Allah mengingatkan manusia bahawa pohon kurma yang tumbuh di muka bumi ini adalah antara tanda-tanda kekuasaan dan keagungan Allah. Antaranya dalam surah al-An'am ayat 99 Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Kurma samada buahnya atau pohonnya disebut berulang-ulang lebih daripada 20 kali di dalam al Quran. Mengapa Allah memilih untuk menyebut kurma secara khusus di dalam banyak kalamNya? Tidak dapat dinafikan pasti ada kelebihan dan kekuatan pada buah yang istimewa ini kepada manusia sehingga mendapat pengiktirafan yang sangat besar daripada Allah Rabbul Jalil.

Fakta kehebatan kurma juga ada diceritakan dalam surah Maryam ayat 23-26 tentang kisah perjuangan Saidatina Maryam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ’Alaihissalam. ”(Ketika hendak bersalin) maka kesakitan itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal pohon tamar (kurma)............, lalu ia diseru dari sebelah bawahnya; ’Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”.

Sumber Tenaga
Kajian saintifik mendapati buah kurma memiliki khasiat dan nilai kesihatan yang sangat tinggi kepada tubuh badan manusia. Buah kurma kaya dengan glukosa dan fruktosa iaitu sejenis gula ringkas yang diserap terus ke dalam badan untuk menghasilkan tenaga. Inilah juga hikmah mengapa umat Islam digalakkan berbuka dengan buah kurma untuk mengembalikan tenaga selepas berpuasa.

Sumber Serat
Kurma juga mengandungi serat larut yang dipanggil beta-D glucan. Menurut ‘The Encyclopedia of Healing Foods’, serat jenis ini membantu mengurangkan penyerapan kolesterol dan membantu mengawal gula dalam darah. Selain daripada itu, kandungan kurma yang tinggi serat tidak larut juga boleh membantu memperelokkan sistem pencernaan dan seterusnya mengatasi masalah sembelit.
Sumber Vitamin dan Garam Mineral                                     Kurma juga tinggi kandungan vitamin seperti vitamin B kompleks dan merupakan sumber garam mineral yang sangat bagus seperti zat besi, potasium, kalsium, magnesium dan manganese. Menurut laporan Colarado State University, potasium memainkan peranan yang penting merendahkan tekanan darah tinggi di samping menyokong sistem saraf yang sihat dan fungsi otot yang baik.

Baik untuk Wanita Hamil dan Melahirkan Anak
Bagi wanita hamil dan yang melahirkan anak, kurma juga sangat baik untuk diamalkan kerana boleh membantu memperbanyakkan susu ibu, membekalkan tenaga dan membantu proses kelahiran.

Agen Mencerdaskan Minda
Kurma juga terkenal sebagai agen mencerdaskan minda. Maka adalah amat wajar buah kurma dijadikan snek harian terutamanya untuk anak-anak kita kerana manfaatnya yang sangat besar untuk tumbesaran mereka samada dari segi fizikal mahupun perkembangan otak.

Agen Penenang
Fakta yang menakjubkan juga mendapati kurma kaya dengan triptofan iaitu sejenis asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan seretonin dalam tubuh. Seretonin berfungsi menstabilkan mood, memperbaiki kualiti tidur dan menenangkan perasaan. Pastinya kebahagian dalam hidup bukan hanya dengan fizikal yng sihat tetapi juga dengan emosi yang stabil dan terkawal.

Jadi, apa kata kita menjadikan buah kurma menu harian sekeluarga. Bukan hanya di bulan puasa tetapi sepanjang masa. Gantikan snek yang tidak berkhasiat yang menjadi kesukaan anak-anak kita dengan buah kurma yang memiliki manfaat yang tidak terhingga. Insya Allah buah istimewa yang mendapat pengiktirafan Allah dan Rasul SAW ini akan dapat membekalkan tenaga, nutrien dan zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan dari segi jasmani, akal dan ruhani agar kita dapat melaksanakan amanah sebagai hamba Allah dan khalifahNya di muka bumi ini dengan lebih baik lagi. Wallahu A’lam.

KANDUNGAN Qaseh Gold Kekanda dan Adinda

KANDUNGAN Qaseh Gold Kekanda dan Adinda memuatkan khazanah-khazanah alam berikut dalam satu formulasi istimewa makanan Sunnah ini iaitu:-

Jus Kurma
Madu
Air Zam-zam
Buah Tiin
Zaitun
Habbatus Sauda'
Za'faran
Ginkgo Biloba
Sirih
Ekstrak Buah Delima (Tambahan baru)
Arabic Gum(Tambahan baru)
dan juga ramuan khusus terpilih - Tribulus, Guarana, Ashwaganda untuk lelaki (Jus Qaseh Kekanda) dan 

Manjakani, Pegaga, Markisa untuk wanita (Jus Qaseh Adinda).

Ringkasan Manfaat 
Tubuh kita asalnya bersih dan sihat namun hari demi hari kita terdedah kepada persekitaran dan budaya pemakanan yang memudaratkan dalam keadaan kita leka dan lalai. Hasilnya hari ini penyakit-penyakit kronik kini mudah menjangkiti anak-anak muda akibat situasi tersebut. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda, yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah makanan yang bersih daripada apa yang dikurniakan kepada kamu" (Hadis Riwayat Muslim).

Gabungan intipati Qaseh Gold merupakan gabungan makanan sunnah dan herba tempatan yang melengkapi keperluan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia meliputi keperluan kepada sistem dan fungsi tubuh itu sendiri dari:

Darah-Mengimbangi kepekatan darah dalam tubuh agar tidak terlalu pekat serta mudah dihantar ke seluruh anggota tubuh.

Saraf-Apabila darah mudah dihantar ke seluruh anggota maka saluran saraf juga akan berkembang dengan baik tidak lagi sempit kerana darah juga membekalkan oksigen.

Otak-Lebih cerdas dan daya ingatan lebih mantap kerana darah membekalkan oksigen lebih banyak. Lebih-lebih lagi bagi anda yang banyak menggunakan tenaga otak seperti jurutera dan seumpanya.

Jantung & Paru-Paru-Jantung lebih sihat kerana tidak dibebani dengan darah yang terlalu pekat. Paru-paru lebih rehat.

Usus-Bekerja dengan lebih baik apabila makanan lebih mudah dicernakan dan lebih rehat. Masalah buasir dapat dijauhi.

Buah Pinggang-Menapis dengan lebih efektif kerana bekalan darah dan oksigen yang lancar. Dan menyalurkan toksin dan sisa ke bahagian pencernaan dengan lancar.

Kulit-Lebih segar dan sihat apabila mikro-saraf menerima darah dan oksigen dengan banyak. Luka mudah pulih dan parut menjadi minima.

Rambut-Lebih kuat dan tidak mudah gugur kerana kulit kepala yang sihat.

Mata, Telinga, Hidung dan Rongga Pernafasan-Penglihatan dan pendengaran lebih tajam dan deria bau lebih peka. Hidung juga sukar dijangkiti penyakit dari kesan pendedahan kepada pencemaran habuk, debu dan kotoran lain. Bakteria sukar menjangkiti saluran nafas dari kerongkong hingga ke paru-paru.

Rahim-Lebih selesa mengikut situasi semasa. Kitaran haid lebih teratur. Menjauhi keputihan kerana fungus dan bakteri sukar menjangkiti. Jika hamil, rahim akan lebih relaks dan fleksibel bergantung kepada pembesaran kandungan.

Tulang & Sendi-Tulang lebih teguh dan kukuh. Tidak mudah rapuh. Bekalan kalsium yang diperolehi, semasa ke semasa dari pemakanan ini. Sendi lebih kuat dan sihat.

Ibu Hamil-Lebih bertenaga untuk kekuatan ibu seharian dan pada waktu melahirkan menggantikan darah serta tenaga yang hilang. Anak dalam kandungan lebih tenang kerana zat yang cukup.

Organ Dalaman Lelaki dan Wanita-Lebih tenaga, bersih dan sihat. Peluang hamil lebih tinggi untuk wanita yang sukar hamil, Insya Allah, memekat, menyihat serta menyuburkan mani.

Thursday, June 5, 2014

QASEH GOLD KEKANDA



QASEH GOLD KEKANDA - Rumusan makanan sunnah khusus untuk lelaki dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, delima dan air zam-zam bersama za'faran dan pelbagai herba terpilih lain serta gum arabic yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi.

Qaseh Gold Kekanda turut menggabungkan herba khusus untuk lelaki iaitu guarana, ashwaganda dan tribulus.

Qaseh Gold Kekanda berfungsi untuk:

- Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
- Menambah tenaga dalaman dan luaran
- Mencerdaskan minda
- Membuang toksin
- Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
- Meningkatkan sistem imun
- Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
- Mempercepatkan penyembuhan
- Menstabilkan mood

Qaseh Gold Kekanda selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 13 tahun.(aqil baligh)

Sangat sesuai untuk mereka yang sibuk dan memerlukan tenaga ekstra setiap hari!


TIPS PEMAKANAN:

1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam.

2. Gunakan sudu plastik.

3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh

Wednesday, June 4, 2014

Kenapa Kita Tidak Amalkan Makanan Sunnah ??



Jihad untuk sihat...Mencegah lebih baik dari merawat.

Bagaimana Qaseh membantu kita menjalani kehidupan seharian ??
Melancarkan perjalanan darah sebagai agen dalam tubuh untuk membawa oksigen,nutrien dan air.

• Membekalkan tenaga fizikal dan minda
• Mempertingkatkan sistem ketahanan tubuh badan
• Merawat keputihan,sengugut dan hormon tak stabil - peluang mendapatkan zuriat


Kelebihan qaseh dari sudut emosi :~

• Kaya dengan triptofan - memberi ketenangan luaran dan dalaman
• Spiritual - makanan sunnah yang diberkati kerana proses pengilangan yang mengikut syariat (IMP). Pembentukan jiwa mukmin adalah menjaga makanan kita.
• Pilihan bijak - mudah pengambilan dan ramuan yang berkualiti

 (madu,kurma,habbatus sauda,buah tin,buah zaitun, air zam zam serta herba-herba terpilih).

Berbaloi - Menjimatkan dan elakkan kos perubatan yang tinggi.

Qaseh Kesihatan Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki......

Kenapa Kita Tidak Amalkan Makanan Sunnah ??

Kenapa Kita Tidak Amalkan Makanan Sunnah ??


relaks itu indah


Berikhtiarlah dengan QASEH. Ia pemakanan sunnah, makanan yang disukai Rasulullah saw dan terbukti sebagai penyembuh yang disebut dalam al-Quran dan Hadis!
TAHUKAH ANDA??? Banyak penyakit dikatakan berpunca daripada STRESS atau tekanan disebabkan EMOSI YANG TIDAK SIHAT seperti penyakit darah tinggi, gastrik, ulser, strok, jantung dan sebagainya.

Qaseh diperkaya dengan TRIPTOFAN iaitu sejenis asid amino yang membantu memperpaiki 'mood' dan memberi ketenangan.